.
.

PENUBUHAN AWAL

| Saturday, January 1, 2011

        Pada tanggal 8 Januari 1898, bermulalah sejarah penubuhan Sekolah Melayu Beranang dengan bilangan muridnya seramai 80 orang. Pada peringkat permulaan, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja. Atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak, maka mulai tahun 1921 beberapa orang murid-murid perempuan telah mula mendapat pendidikan secara formal di sekolah ini.

       Pada peringkat awalnya murid-murid belajar dari darjah 1 hingga darjah 5. Mata pelajaran yang diajar ialah membaca dan menulis rumi serta jawi, Ilmu Alam, Tawarikh dan kira-kira. Pada tahun 1930, sebuah bangunan baru telah dibina di tapak Sekolah Kebangsaan Beranang sekarang dan telah dirasmikan pada 7 Disember 1930. Namun sekolah lama masih digunakan. 

       Pada tahun 1941, apabila bilangan murid-murid perempuan bertambah menjadi 140 orang, sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan ditubuhkan bertempat di tapak Pejabat Pos Beranang sekarang dan dinamakan Sekolah Melayu Perempuan Beranang. Manakala murid-murid lelaki kekal di sekolah lama dan dinamakan Sekolah Melayu Laki-Laki Beranang. Cadangan untuk menyatukan kedua-dua buah sekolah ini telah dibincangkan dalam mesyuarat pada 18 Jun 1961 bagi Sekolah Melayu Perempuan dan pada 8 Julai 1961 bagi Sekolah Laki-Laki. Hasil daripada Mesyuarat Agung itu maka sesi persekolahan bermula Julai 1961, kedua-dua sekolah ini disatukan dan dinamakan Sekolah Melayu Beranang. 

       Pada 2 Oktober 1967, murid-murid dari sekolah lama dipindahkan ke bangunan baru iaitu di tapak Sekolah Kebangsaan Beranang sekarang. Bangunan sekolah lama dan Sekolah Perempuan iaitu di tapak Pejabat Pos Beranang sekarang, tidak digunakan lagi. Jumlah murid pada tahun ini sudah mencapai hampir 500 orang. Pada tahun 1998, sebuah bangunan baru telah didirikan dan seterusnya dijadikan bilik pengajaran bagi murid tahun 4 dan 5. Bangunan ini menempatkan sebuah makmal dan bilik mesyuarat yang dikenali dengan nama Bilik Sri Beranang Gemilang.

1 comments:

Anonymous said...

Wow