.
.

MESYUARAT AGUNG KE-34

| Saturday, January 29, 2011

  GAMBAR KENANGAN
SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG KE-34
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 29 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 :
UCAPAN PERASMIAN, YB. DATUK HAJI JOHAN BIN ABD. AZIZ, ADUN SEMENYIH

INFO GAMBAR 2 & 3 :
PENYERAHAN  CENDERAHATI DAN UCAPAN GURU BESAR

INFO GAMBAR 4 & 5 :
SIJIL PENGHARGAAN AJK SESI 2010/2011 DAN CENDERAHATI PERASMI

LATIHAN KEDUA

| Thursday, January 27, 2011

  GAMBAR KENANGAN
SEKITAR LATIHAN MERENTAS DESA KEDUA
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 26 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 :
AKSI PESERTA DI CHECK POINT 8

INFO GAMBAR 2 & 3 :
PANORAMA SEKITAR TREK LARIAN DI KAMPUNG BUKIT KEPONG, BERANANG

SERUAS BAGAI TEBU

| Saturday, January 22, 2011

 
 GAMBAR KENANGAN
SEKITAR MAJLIS TEMU MESRA
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 22 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 :
GURU BESAR DAN AHLI JAWATANKUASA PIBG

INFO GAMBAR 2 & 3 :
PENCERAMAH MOTIVASI JEMPUTAN

LATIHAN PERTAMA

| Thursday, January 20, 2011

 GAMBAR KENANGAN
SEKITAR LATIHAN MERENTAS DESA
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 19 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1, 2 & 3 :
AKSI PESERTA DI KAMPUNG BUKIT KEPONG, BERANANG

KECEMERLANGAN DIRI

| Wednesday, January 19, 2011

  
GAMBAR KENANGAN
SEKITAR PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 18 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 :
CERAMAH MOTIVASI OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

INFO GAMBAR 2 & 3 :
MURID TAHUN 6 YANG TERLIBAT

JEJAK AWAL

| Monday, January 10, 2011

 
GAMBAR KENANGAN
SEKITAR PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 3 JANUARI - 14 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 :
TEKUN MENYIAPKAN TUGASAN

INFO GAMBAR 2 & 3 :
GELAGAT MURID TAHUN 1

INFO GAMBAR 4 :
AKTIVITI ORIENTASI DI PADANG

INSAN TERBILANG

| Thursday, January 6, 2011

GAMBAR KENANGAN
SEKITAR PROGRAM MAJU DIRI
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG . 4 JANUARI - 6 JANUARI 2011

INFO GAMBAR 1 & 2 :
PEMBENTANGAN HASIL KUMPULAN

INFO GAMBAR 2 :
PERBINCANGAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN

INFO GAMBAR 3 & 4 :
GELAGAT PESERTA PROGRAM MAJU DIRI TAHUN 5

MESYUARAT JAWATANKUASA

| Tuesday, January 4, 2011

Tarikh    : 15 Januari 2010  (Sabtu)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Bilik Sri Beranang Gemilang
Agenda  :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke-4 
4. Perkara Berbangkit
5. Pembentangan Laporan Kewangan
6. Laporan Guru Penolong Kanan / Guru Kaunseling
7. Perancangan / Laporan Biro
8. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
9. Hal-hal Lain
10. Ucapan Penangguhan

MOTIVASI KENDIRI

| Monday, January 3, 2011


TARIKH :
4 Januari Hingga 6 Januari 2010
(Selasa hingga Khamis)

SASARAN :
Murid Tahap 2
(Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6)

OBJEKTIF :
1. Menambah minat, motivasi dan semangat belajar di kalangan murid.
2. Menambahkan keyakinan diri di kalangan murid.
3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid.
4. Menanam nilai hormat-menghormati terhadap semua golongan.
5. Mengenal pasti cita-cita untuk menjadi perangsang masa depan.
6. Mencetuskan kreativiti di kalangan murid. 

"SEMOGA LEBIH BERMOTIVASI"
DEMI PENCAPAIAN CEMERLANG

PENUBUHAN AWAL

| Saturday, January 1, 2011

        Pada tanggal 8 Januari 1898, bermulalah sejarah penubuhan Sekolah Melayu Beranang dengan bilangan muridnya seramai 80 orang. Pada peringkat permulaan, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja. Atas kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak, maka mulai tahun 1921 beberapa orang murid-murid perempuan telah mula mendapat pendidikan secara formal di sekolah ini.

       Pada peringkat awalnya murid-murid belajar dari darjah 1 hingga darjah 5. Mata pelajaran yang diajar ialah membaca dan menulis rumi serta jawi, Ilmu Alam, Tawarikh dan kira-kira. Pada tahun 1930, sebuah bangunan baru telah dibina di tapak Sekolah Kebangsaan Beranang sekarang dan telah dirasmikan pada 7 Disember 1930. Namun sekolah lama masih digunakan. 

       Pada tahun 1941, apabila bilangan murid-murid perempuan bertambah menjadi 140 orang, sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan ditubuhkan bertempat di tapak Pejabat Pos Beranang sekarang dan dinamakan Sekolah Melayu Perempuan Beranang. Manakala murid-murid lelaki kekal di sekolah lama dan dinamakan Sekolah Melayu Laki-Laki Beranang. Cadangan untuk menyatukan kedua-dua buah sekolah ini telah dibincangkan dalam mesyuarat pada 18 Jun 1961 bagi Sekolah Melayu Perempuan dan pada 8 Julai 1961 bagi Sekolah Laki-Laki. Hasil daripada Mesyuarat Agung itu maka sesi persekolahan bermula Julai 1961, kedua-dua sekolah ini disatukan dan dinamakan Sekolah Melayu Beranang. 

       Pada 2 Oktober 1967, murid-murid dari sekolah lama dipindahkan ke bangunan baru iaitu di tapak Sekolah Kebangsaan Beranang sekarang. Bangunan sekolah lama dan Sekolah Perempuan iaitu di tapak Pejabat Pos Beranang sekarang, tidak digunakan lagi. Jumlah murid pada tahun ini sudah mencapai hampir 500 orang. Pada tahun 1998, sebuah bangunan baru telah didirikan dan seterusnya dijadikan bilik pengajaran bagi murid tahun 4 dan 5. Bangunan ini menempatkan sebuah makmal dan bilik mesyuarat yang dikenali dengan nama Bilik Sri Beranang Gemilang.